Mitos Kuchisake Onna
Misteri : Mitos Kuchisake Onna, Hantu Mulut Koyak dari Jepun
KUCHISAKE ONNA, atau dalam bahasa Melayunya "Wanita Bermulut Koyak" merupakan kisah yang agak popular di Jepun pada tahun 1970-an. Menurut masyarakat Jepun, Kuchisake Onna ini mengenakan mask putih seperti di dalam gambar di bawah,
Pada asalnya, ada yang kata mulutnya koyak oleh kerana kemalangan yang mengerikan, ada juga yang kata Kuchisake Onna ini, sakit jiwa @ gila , lalu membelah mulutnya sendiri dengan pisau. Akan tetapi, diantara 2 cerita ini, ada lagi 2 cerita yang sangat popular haaaa nak tahu tak ? Of course laa nak kan hahahahahhahahaaha 👻 😏
First, konon-kononnya, Kuchisake Onna adalah seorang wanita yang tinggal di zaman Heihan,di Jepun. Katanya, dia adalah wanita yang sangat cantik, tapi sayangnya, dia sangat sombong and dia juga seorang yang curang, padahalnya, dia dah ada suami iaitu seorang samurai Jepun. Pada suatu ketika, sikapnya yang suka curang ini diketahui oleh suaminya. Jadi apa lagi, suaminya yang kecewa dan sangat marah itu membelah mulut isterinya itu, dari telinga kiri ke telinga kanan.
"Sekarang siapa yang akan cakap dan memuji kamu cantik ?" ejek suaminya. Kerana darah dari mulutnya keluar dengan banyak, Kuchisake Onna pun meninggal, jadi rohnya yang mati dalam keadaan yg mengerikan itupun berkeliaran.
Menurut cerita yang kedua pula, katanya, ada seorang wanita yang bernama Kuchisake Onna, dia ini teringin untuk membedah wajahnya. Lalu, si doktor ini memberikan Kuchisake Onna sejenis minyak rambut yang baunya sangat tengik dan menyengat lalu membedah muka Kuchisake Onna. Akan tetapi, kerana tidak tahan dengan bau minyak itu, si Kuchisake Onna ini tidak duduk diam la kan, then tanpa sengaja, mulutnya itu terpotong oleh doktor itu, dari telinga kiri hingga ke telinga kanan. Korang rasa, apa yang akan dilakukan oleh wanita ini ? Ofcourse marah kan, jadi, Kuchisake Onna membunuh doktor yang membedahnya.
Tapi, ada di antara masyarakat di sana percaya ada cara untuk menghindari diri mereka daripada menjadi mangsa Kuchisake Onna.
First, kalau sesiapa terjumpa dengan Kuchisake Onna ni, kan si Kuchisake Onna ni kan pakai mask putih untuk menutup mulutnya, masknya seperti mask yang doktor bedah sokmo pakai tu haaa, Kuchisake Onna akan tanya "Adakah saya cantik ?" kita cakap "Cantik", terus dia akan tanya lagi, "Jadi kalau begini?" nah, cakap lagi cantik, dia akan bingung, mau dilepaskan, atau dibunuh (yang jawab tak cantik bakal dibunuh dengan senjata tajam...), dia bakal terus berfikir, haaaa semasa si Hantu ini memikir, ada masa untuk kita LARIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIII !!!
THEN, ada pula yang menceritakan bahwa apabila Kuchisake-Onna tanya sama ada dia cantik ke tak, jawab je “ya”. And bila dia buka masker dan kembali bertanya, jawab juga “ya” (Walaupun terpaksa). Kalau dah begini, dia akan happy, siapa yang yang tak happy bila dipuji cantik ? Terus dia akan melepaskan kita. Tapi ada juga yang cakap, mangsa dia akan tetap dibunuh, mangsa akan dibuntuti, terus dibunuh, didepan rumah meraka, guys...
Cara yang saya akan cakapkan ini mungkin dikhaskan bagi kaum perempuan (sorry ye buat yang kaum lelaki) yang bertemu Kuchisake Onna.Kalau si Kuchisake-Onna bertanya, dicadangkan kalau korang mesti tanya balik "Adakah aku cantik?" tak mungkin kan, lelaki tanya kat orang "Adakah aku cantik ?". Katanya, dia akan hilang dengan sendirinya.
Ada juga yang mencadangkan agar memberikan gula gula keras berwarna kuning tua yang merupakan barang kesukaan Kuchisake-Onna. Gula-gula mengingatkan Kuchisake-Onna pada penderitaannya di masa lalu, mulutnya yang robek sehingga susah nak kunyah gula gula. Mengingati penderitaannya, mungkin ia akan sedih hingga tidak membunuh mangsanya.
Cara berikutnya, semua mangsa dicadangkan untuk cakap “pomade” lebih dari dua kali, hal ini mengingatkan tentang minyak rambut yang menyengat yang dia pakai ketika mahu operate wajahnya. Kuchisake-Onna akan ketakutan kerana teringat pada masa lalunya, doktor bedah yang telah merosak wajahnya.
And...this is the end... inilah cara terakhir untuk menghadapi Kuchisake-Onna. Anak-anak/para remaja dicadangkan menggunakan pomade(minyak rambut menyengat), dengan begitu Kuchisake-Onna akan ketakutan kerana teringat akan masa lampaunya and tidak akan berani mendekati mangsanya...
TETAPIIIII, INI SEMUA HANYALAH MITOS, sekali lagi, ini hanyalah MITOS, jadi, masih belum tentu ada, jadi jangan takut dulu, boleh je kisah ini cuma rekaan, ya...kita belum tahu kepastiannya, kalau menuruti MISS sendiri, miss kurang percaya lah hahahahah tapi takut tu ada la juga kahkahkah.. cuma TUHAN sahaja yang tahu kebenarannya...hihihi...

Comments